Little Kemboja Cafe diberi nama kerana cinta saya kepada bunga Kemboja dan minat saya kepada masakan.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan tugas harian, saya mencuri masa untuk memasak dan membuat perkara-perkara yang menggembirakan hati. Saya percaya kita tidak terikat dengan masa sekiranya kita pandai menguruskannya.
Saya pernah mengikuti kursus profesional dalam bidang masakan; yang saya kira satu hari nanti akan menjadi tiket untuk saya mengembangkan minat saya ini kelak.
Idea menulis blog masakan ini bermula apabila saya sentiasa mencari resepi yang terbaik untuk dihidangkan kepada famili dan rakan taulan. Saya tergerak untuk aktif bilamana ada resepi yang tidak menjadi seperti yang saya harapkan, Jadi saya sentiasa mencuba dan mengolah resepi yang sedia ada supaya boleh mendapat 'result' yang terbaik. Ia menjadi fenomena kepada saya, terasa seperti kembangnya kemboja di halaman rumah saya.
Saya berterimakasih kepada emak, nenek, ibu saudara, kakak ipar duai, yang tidak pernah lokek mengajari saya untuk lebih meminati bidang masakan.
Saya amat berharap dunia siber ini bisa menghubungkan kita sesama warga untuk berinteraksi dan berkongsi minat. Semoga semua resepi yang saya kongsi di sini dapat memberi manfaat untuk semua.
Terima kasih dan selamat memasak!
No comments:
Post a Comment