Sunday 2 February 2014

Pavlova


Pavlova

I love Pavlova, dont you?

Helo semua!  Dah lama tak menjenguk ke sini.  Setengah tahun, mungkin?  Kesibukan dengan urusan harian, bukan mainan.  Kadang-kadang waktu untuk diri sendiri juga tak ada....nak buat macamana kan? 

Pavlova adalah sejenis pencuci mulut yang berasal dari Australia dan New Zealand.  Kabarnya kedua-dua negara ini seolah bertelagah siapa yang mencipta pencuci mulut yang seksi ini...;)

Saya membakar pavlova tadi. Memandangkan anak-anak semua ada di rumah hujung minggu ini. 

Rasanya ramai yang tahu bagaimana membuat pencuci mulut ini, sangat mudah dan bahan-bahan juga mudah didapati.


PAVLOVA

Bahan-bahan untuk meringue:

4 biji putih telur
1 cawan gula halus
1sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu esen vanilla

Cara-cara:

Pukul putih telur pada kelajuan perlahan sehingga kembang sedikit (soft peak) sambil itu masukkan sedikit demi sedikit gula halus sehingga habis.  Pukul meringue dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi kental.  Masukkan esen vanilla, cuka dan akhir sekali tepung jagung.  Gaul sehingga sebati.

Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.   Lukis bulatan di atas kertas sebagai panduan apabila meletak meringue ke atas dulang.  Bakar pada suhu 140 celcius selama 1 jam 10 minit sehingga permukaan meringue menjadi perang.   Biarkan meringue di dalam oven yang dibuka pintunya sedikit sehingga meringue benar-benar sejuk.


Bahan-bahan untuk hiasan:

1 cawan non dairy whipping cream
1 sudu teh vanilla esen
Buah-buahan seperti strawberry,kiwi dan anggur


Cara-cara:

Keluarkan mangkuk dari peti sejuk.  Pukul krim dengan kelajuan tinggi sehingga kental. Masukkan esen. Kacau sebati.

Hiaskan di atas pavlova bersama buah-buahan tadi.  Simpan di dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.


(Resepi asal dari Joyofbaking)


Note:

Beberapa tips ingin saya kongsikan di sini, semoga dapat memberi panduan kepada yang ingin mendapatkan tekstur Pavlova yang lembut dan kenyal.

1. Disarankan telur putih dan kuning diasingkan sebaiknya selepas dikeluarkan dari peti ais.

2. Biarkan putih telur di dalam suhu bilik.

3. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul
kenyal dan bertanduk ataupun tidak tumpah kiranya mangkuk adunan diterbalikkan.

4. Krim putar atau whipping cream hendaklah benar-benr sejuk.  Mangkuk adunan juga hendaklah disejukkan terlebih dahulu memandangkan cuaca negara kita yang agak panas, krim mungkin akan menjadi berketul.

Selamat mencuba!