Salam semua..
Ini resepi sambal kering cornflakes yang saya buat Sabtu lepas sebagai buah tangan untuk anak perempuan saya yang belajar di TKC. Bulan puasa ni pelajar-pelajar tidak dibenarkan pulang bermalam di rumah tetapi ibubapa dibenarkan membawa mereka keluar berbuka puasa. Jadi tengahari sebelum pergi ke Nilai, saya masak juadah ini. Resepinya sangat mudah tetapi sedap. Sesuai dijadikan hidangan semasa sahur.
Untuk pengetahuan, sekiranya cornflakes atau emping jagung yang ada sudah dimasuki angin, bakar sebentar di dalam oven untuk menjadikannya rangup semula. Taburkan di atas dulang pembakar, bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 160 celcius selama lebih kurang 5 minit. Keluar dan ketepikan.
Bahan-bahan:
2 cawan cornflakes
100gm ikan bilis yang teah disiang*
150gm kacang tanah*
(digoreng garing)
4 sudu besar cili mesin
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan (kalau suka)
garam dan gula sebagai perasa
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Ikan bilis dan kacang tanah digoreng dahulu, ketepikan.
2. Bawang besar, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat, gaulkan bersama 4 sudu cili mesin.
3. Tumis bahan-bahan di atas sehingga garing, perasakan dengan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ikan bilis dan kacang, gaul. Akhir sekali masukkan 2 cawan cornflakes tadi. Gaul rata.
5. Siap untuk dihidangkan.
Note:
Sambal ini boleh disimpan selama lebih kurang seminggu di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment