Wednesday, 19 November 2014

Terung Goreng Bercili


Saya paling suka masakan yang ringkas terutama bila anak-anak ada di rumah.  Cuti sekolah selalunya mencabar bagi saya, apa taknya dari pagi sampai nak tidur malam masih memikir menu apa untuk anak-anak sepanjang cuti.  Memang pening kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja menjadi surirumah haha...joking saja :).  Anak-anak pula ada saja makanan yang difikirnya, tak betah kadang-kadang dibuatnya.

Kali ini saya masak yang ringkas sahaja.  Apa saja yang ada di dalam fridge, itulah menu yang akan dihidangkan.  Terung goreng bercili ini sedap dimakan bersama nasi panas-panas.  Memang menyelerakan.


Bahan-bahan:

- 3 biji terung panjang (dipotong mengikut suka)
- Segenggam udang sayur
- 2 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- Sebiji bawang besar dipotong bulat
- 2 ulas bawang putih, dihiris nipis
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1.  Goreng terung sebentar kerana terung mudah meresap minyak.  Ketepikan.

2.  Tumis bawang besar, putih dan cili sehingga garing.  Masukkan udang dan serbuk kunyit.  Gaul sebentar.

3.  Akhir sekali masukkan terung dan perisakan dengan garam.

4.  Angkat, sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment