Tuesday, 18 November 2014

Chicken Wraps for lunch



Chicken Wraps


Entry kali ini saya nak share resepi mudah dan ringkas untuk sesiapa yang sedang berdiet.  Bukan saja ringkas, resepi ini sangat sedap dan healthy juga.

Saya menggunakan roti wrap yang boleh dibeli di pasaraya.

Bahan-bahan untuk filling pula adalah resepi yang saya reka sendiri menggunakan ayam bakar yang simple serta sayuran-sayuran.


Bahan-bahan:

- Roti wraps

- Seekor ayam, dibersihkan

- 2 sudu besar serbuk cili *

- 1/2 cawan yogurt *

- 3 sudu  besar Perencah Tumix *

- 2 biji keledek yang dibuang kulit dan dipotong bulat

- 2 biji karot, dibuang kulit dan hiris bulat

- 2 labu bawang besar dibuang kulit dan dihiris 'wedges'

- 5 biji bawang putih dibuang kulit sahaja (tidak perlu hiris)

- Sayur salad atau romainne lettuce dihiris halus

- Tomato

- Butter untuk disapu ke atas dulang pembakar

- Minyak zaitun


Cara-cara:

Ketiga-tiga bahan bertanda * dicampur bersama, lumurkan ke atas ayam sepenuhnya.

Perap ayam semalaman atau 2 jam mencukupi.  Mengikut citarasa masing-masing, lebih lama perapan lebih sedap.

Sapukan butter ke atas dulang pembakar.

Masukkan bahan-bahan lain sepeti keledek, karot, bawang besar dan bawang putih ke dalam bekas berisi ayam.   Ambil beberapa sudu butter, taburkan ke atas dulang berisi ayam dan bahan-bahan lain. Tuangkan minyak zaitun ke atas semua bahan.

Bakar ayam di dalam oven dengan suhu 200c selama 1 jam.

Apabila siap dibakar, hiris ayam nipis-nipis.  Aturkan di dalam roti wrap bersama bahan-bahan lain. Bole ditambah mayones dan sos cili sekiranya suka.

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment