Cream Horn with Vanilla Custard
Lama dulu saya selalu membeli roti Cream Horn di kedai roti. Butter cream vanilla yang putih penuh di dalam horn sangat memikat. Aduh! terkenang zaman dulu-dulu..hmmm
Menjenguk blog-blog makanan di internet semalam membuat saya teruja membuat cream horn sendiri. Oleh kerana acuan yang ada dalam simpanan hanya 5pcs sahaja, saya pun mebuat acuannya sendiri menggunakan kertas manila kad dan aluminium foil.
Variasi resepinya. Ada yang menggunakan resepi basic roti, ada juga yang menggunakan instant pastry puff. Saya pula menggunakan resepi puff pastry yang saya belajar di sekolah pastry dulu.
Bahan-bahan Puff:
- 460g tepung high protein
- 140g tepung low protein atau tepung gandum serbaguna
- 16gm susu tepung
- 60gm butter
- 80gm castor sugar
- 6gm garam
- 18gm instant yeast
- 1 biji telur
- 240gm air sejuk
- 300gm pastry margarine
Cara-cara:
- Campur semua bahan di dalam mixer. Pukul menggunakan medium speed selama lebih kurang 5 hingga 7 minit.
- Alihkan doh ke atas meja. Tutup dengan plastik selama 10 minit.
- Lembutkan pasrty margarine dengan menggunakan rolling pin dengan "memukul" dan menggilingnya sebelum menggunakannya.
- Taburkan tepung di atas papan pencanai. Canai doh menjadi 1 kaki lebar atau cukup untuk meletakkan pastry margarine di atasnya. Biarkan sedikit ruang selebar 1.5 cm keliling supaya margarine tidak terkeluar semasa kita melipat nanti.
- Sapukan margarine yang lembut di tegah-tengah doh. Lipat seperti melipat envelope.
- Kepitkan keliling doh. Tutup dengan plastik. Rehatkan selama 5 minit.
- Taburkan tepung di atas papan pencanai, dengan menggunakan rolling pin, pukul lagi doh secara serata. Roll doh menjadi bentuk segiempat panjang.
- Lipat doh 1/3 ke tengah, kemudian lipat 1/3 lagi ke atasnya. Rehatkan selama 5 minit.
- Ulang lagi cara seperti di atas sebanyak 2 atau 3 kali lagi. Rehatkan selama 10 minit sebelum dibentuk.
- Untuk membuat kon cream horn, kita perlu mencanai tepung setebal 1/4 inci. Dengan menggunakan "pizza cutter" atau pisau biasa, potong doh selebar 3/4 inci x 8 inci.
- Gulung doh di atas acuan dengan melilitnya. Buat sampai habis. Sapu dengan kuning telur.
- Bakar doh pada suhu 180c selama 20 minit atau sehingga permukaannya keperangan.
Inti kastad vanilla
200 ml whipping cream UHT
300 ml air
200 gm gula pasir
25 g tepung gandum
25 g tepung kastad
2 biji kuning telur
1 cmt vanilla
1 sudu besar butter
Cara-cara:
Masak semua bahan di atas api sederhana kecuali butter dan vanilla. Masak sehingga pekat dan meletup-letup. Masukkan vanilla, kacau sebati. Akhir sekali masukkan butter. Kacau lagi sehingga pekat. Biarkan sejuk sebelum di paipkan kedalam pastry horn.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment