Beehives Buns/Roti Sarang Lebah
Roti yang paling popular tahun ini tentunya Roti Sarang Lebah atau Beehives Buns. Saya juga tidak ketinggalan mencubanya. Pada saya secara peribadi, inilah resepi roti yang paling mudah, paling sedap dan paling versatile. Resepi ini saya rujuk daripada blog Kak Wan. Tentunya kredit untuk empunya resepi asal Cik Rima.
Kepada yang baru berjinak dengan dunia roti, saya sarankan cubalah resepi ini, ia boleh dipelbagaikan. Anda boleh taburkan cheese ataupun tambahkan sosej untuk kelainan. Mari kita lihat resepinya.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil yis segera
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula halus
- 1/4 cawan plain yogurt
- 1/4 cawan minyak kacang
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan di dalam mixer kecuali air suam.
2. Dengan speed perlahan, adun semua bahan sebati.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Tukar speed kepada medium, biarkan sehingga semua bahan sebati dan menjadi doh yang elastik.
4. Biarkan doh di dalam mangkuk adunan, Tutu dengan tuala basah yang bersih. Tunggu sehingga doh mengembang dua kali ganda.
5. Tumbuk-tumbuk doh yang mengembang untuk mengeluarkan angin.
6. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Susun di dalam acuan tin foil. Untuk acuan foil yang saya gunakan seperti di dalam gambar ialah 30gm setiap bola. Foil boleh memuatkan 8 biji bola seberat 30g setiap biji.
7. Rehatkan doh sehingga mengembang.
8. Panaskan oven pada suhu 180c. Setelah 10 minit, masukkan doh ke dalam oven. Bakar selama 10 minit - 13 minit, mengikut kepanasan oven masing-masing.
Sos Butterscotch
- 25g butter
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan whipping cream
- secubit garam
- 1/2 sudu esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan mentega, masukkan gula perang. Masak sehingga gula larut dan meletup-letup.
2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan.
3. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Padamkan api. Tuang ke atas roti.
No comments:
Post a Comment