Wednesday, 19 November 2014

Terung Goreng Bercili


Saya paling suka masakan yang ringkas terutama bila anak-anak ada di rumah.  Cuti sekolah selalunya mencabar bagi saya, apa taknya dari pagi sampai nak tidur malam masih memikir menu apa untuk anak-anak sepanjang cuti.  Memang pening kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja menjadi surirumah haha...joking saja :).  Anak-anak pula ada saja makanan yang difikirnya, tak betah kadang-kadang dibuatnya.

Kali ini saya masak yang ringkas sahaja.  Apa saja yang ada di dalam fridge, itulah menu yang akan dihidangkan.  Terung goreng bercili ini sedap dimakan bersama nasi panas-panas.  Memang menyelerakan.


Bahan-bahan:

- 3 biji terung panjang (dipotong mengikut suka)
- Segenggam udang sayur
- 2 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- Sebiji bawang besar dipotong bulat
- 2 ulas bawang putih, dihiris nipis
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1.  Goreng terung sebentar kerana terung mudah meresap minyak.  Ketepikan.

2.  Tumis bawang besar, putih dan cili sehingga garing.  Masukkan udang dan serbuk kunyit.  Gaul sebentar.

3.  Akhir sekali masukkan terung dan perisakan dengan garam.

4.  Angkat, sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!


Roti Sarang Lebah/Beehives Bun



Beehives Buns/Roti Sarang Lebah

Roti yang paling popular tahun ini tentunya Roti Sarang Lebah atau Beehives Buns.  Saya juga tidak ketinggalan mencubanya. Pada saya secara peribadi,  inilah resepi roti yang paling mudah, paling sedap dan paling versatile. Resepi ini saya rujuk daripada blog Kak Wan. Tentunya kredit untuk empunya resepi asal Cik Rima.  

Kepada yang baru berjinak dengan dunia roti, saya sarankan cubalah resepi ini, ia boleh dipelbagaikan.  Anda boleh taburkan cheese ataupun tambahkan sosej untuk kelainan.  Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil yis segera
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula halus
- 1/4 cawan plain yogurt
- 1/4 cawan minyak kacang
- 1/2 cawan air suam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di dalam mixer kecuali air suam. 

2. Dengan speed perlahan, adun semua bahan sebati.  

3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Tukar speed kepada medium, biarkan sehingga semua bahan sebati dan menjadi doh yang elastik.

4. Biarkan doh di dalam mangkuk adunan,  Tutu dengan tuala basah yang bersih.  Tunggu sehingga doh mengembang dua kali ganda.

5. Tumbuk-tumbuk doh yang mengembang untuk mengeluarkan angin.

6. Ambil sedikit doh dan bulatkan.  Susun di dalam acuan tin foil.  Untuk acuan foil yang saya gunakan seperti di dalam gambar ialah 30gm setiap bola.  Foil boleh memuatkan 8 biji bola seberat 30g setiap biji.

7. Rehatkan doh sehingga mengembang.

8. Panaskan oven pada suhu 180c.  Setelah 10 minit, masukkan doh ke dalam oven.  Bakar selama 10  minit - 13 minit, mengikut kepanasan oven masing-masing.



Sos Butterscotch

- 25g butter
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan whipping cream
- secubit garam
- 1/2 sudu esen vanilla

Cara-cara:

1.  Cairkan mentega,  masukkan gula perang.  Masak sehingga gula larut dan meletup-letup.

2.  Masukkan whipping cream dan garam.  Kacau perlahan.

3.  Akhir sekali masukkan esen vanilla.  Kacau sebati.

4.  Padamkan api.  Tuang ke atas roti.

Cream Horn dengan Krim Kastad


Cream Horn with Vanilla Custard


Lama dulu saya selalu membeli roti Cream Horn di kedai roti.  Butter cream vanilla yang putih penuh di dalam horn sangat memikat.  Aduh!  terkenang zaman dulu-dulu..hmmm



Menjenguk blog-blog makanan di internet semalam membuat saya teruja membuat cream horn sendiri.   Oleh kerana acuan yang ada dalam simpanan hanya 5pcs sahaja, saya pun mebuat acuannya sendiri menggunakan kertas manila kad dan aluminium foil.



Variasi resepinya.  Ada yang menggunakan resepi basic roti, ada juga yang menggunakan instant pastry puff.  Saya pula menggunakan resepi puff pastry yang saya belajar di sekolah pastry dulu.


Bahan-bahan Puff:


- 460g tepung high protein
- 140g tepung low protein atau tepung gandum  serbaguna
- 16gm susu tepung
- 60gm butter
- 80gm castor sugar
- 6gm garam
- 18gm instant yeast
- 1 biji telur
- 240gm air sejuk
- 300gm pastry margarine


Cara-cara:

- Campur semua bahan di dalam mixer.  Pukul menggunakan medium speed selama lebih kurang 5 hingga 7 minit.

-  Alihkan doh ke atas meja.  Tutup dengan plastik selama 10 minit.

- Lembutkan pasrty margarine dengan menggunakan rolling pin dengan "memukul" dan menggilingnya sebelum menggunakannya.

- Taburkan tepung di atas papan pencanai.  Canai doh menjadi 1 kaki lebar atau cukup untuk meletakkan pastry margarine di atasnya.  Biarkan sedikit ruang selebar 1.5 cm keliling supaya margarine tidak terkeluar semasa kita melipat nanti.

- Sapukan margarine yang lembut di tegah-tengah doh.   Lipat seperti melipat envelope.

- Kepitkan keliling doh.  Tutup dengan plastik.  Rehatkan selama 5 minit.

- Taburkan tepung di atas papan pencanai, dengan menggunakan rolling pin, pukul lagi doh secara serata.   Roll doh menjadi bentuk segiempat panjang.

- Lipat doh 1/3 ke tengah, kemudian lipat 1/3 lagi ke atasnya.  Rehatkan selama 5 minit.

- Ulang lagi cara seperti di atas sebanyak 2 atau 3 kali lagi.  Rehatkan selama 10 minit sebelum dibentuk.

- Untuk membuat kon cream horn, kita perlu mencanai tepung setebal 1/4 inci.  Dengan menggunakan "pizza cutter" atau pisau biasa, potong doh selebar 3/4 inci x 8 inci.

- Gulung doh di atas acuan dengan melilitnya.  Buat sampai habis.  Sapu dengan kuning telur.

- Bakar doh pada suhu 180c selama 20 minit atau sehingga permukaannya keperangan.


Inti kastad vanilla

200 ml whipping cream UHT
300 ml air
200 gm gula pasir
25 g tepung gandum
25 g tepung kastad
2 biji kuning telur
1 cmt vanilla
1 sudu besar butter

Cara-cara:

Masak semua bahan di atas api sederhana kecuali butter dan vanilla.  Masak sehingga pekat dan meletup-letup.  Masukkan vanilla, kacau sebati.  Akhir sekali masukkan butter.  Kacau lagi sehingga pekat.  Biarkan sejuk sebelum di paipkan kedalam pastry horn.


Selamat mencuba!







Tuesday, 18 November 2014

Chicken Wraps for lunch



Chicken Wraps


Entry kali ini saya nak share resepi mudah dan ringkas untuk sesiapa yang sedang berdiet.  Bukan saja ringkas, resepi ini sangat sedap dan healthy juga.

Saya menggunakan roti wrap yang boleh dibeli di pasaraya.

Bahan-bahan untuk filling pula adalah resepi yang saya reka sendiri menggunakan ayam bakar yang simple serta sayuran-sayuran.


Bahan-bahan:

- Roti wraps

- Seekor ayam, dibersihkan

- 2 sudu besar serbuk cili *

- 1/2 cawan yogurt *

- 3 sudu  besar Perencah Tumix *

- 2 biji keledek yang dibuang kulit dan dipotong bulat

- 2 biji karot, dibuang kulit dan hiris bulat

- 2 labu bawang besar dibuang kulit dan dihiris 'wedges'

- 5 biji bawang putih dibuang kulit sahaja (tidak perlu hiris)

- Sayur salad atau romainne lettuce dihiris halus

- Tomato

- Butter untuk disapu ke atas dulang pembakar

- Minyak zaitun


Cara-cara:

Ketiga-tiga bahan bertanda * dicampur bersama, lumurkan ke atas ayam sepenuhnya.

Perap ayam semalaman atau 2 jam mencukupi.  Mengikut citarasa masing-masing, lebih lama perapan lebih sedap.

Sapukan butter ke atas dulang pembakar.

Masukkan bahan-bahan lain sepeti keledek, karot, bawang besar dan bawang putih ke dalam bekas berisi ayam.   Ambil beberapa sudu butter, taburkan ke atas dulang berisi ayam dan bahan-bahan lain. Tuangkan minyak zaitun ke atas semua bahan.

Bakar ayam di dalam oven dengan suhu 200c selama 1 jam.

Apabila siap dibakar, hiris ayam nipis-nipis.  Aturkan di dalam roti wrap bersama bahan-bahan lain. Bole ditambah mayones dan sos cili sekiranya suka.

Selamat mencuba!




The Perfect Cream Puff

Hari ni tiba-tiba terasa nak update blog.  Lama sungguh menyepi.   Kesibukan harian bukan mainan. Kadang-kadang langsung tak punya masa untuk diri sendiri.  Apapun bila dapat melihat anak-anak membesar depan mata, itulah anugerah yang tak ternilai,  lupa semua lelah.

Cream puff kegemaran anak-anak.  Custard filling melengkapkan rasanya.  Saya paling suka puff dengan custard filling yang sederhana manisnya.  Resepi cream puff memang banyak bermacam versi.  Tetapi, dalam kebanyakan resepi yang saya jumpa samada resepi blogger dalam atau luar negeri, yang paling saya suka ialah dari blog Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/.   Pada saya choux pastry yang can hold it shapes itulah menjadi top list saya.

Choux pastry sangat versatile,   bila dibakar ia dipanggil cream puff, kiranya digoreng dipanggil Churros yang sangat popular di Sepanyol.  Mari kita rujuk resepinya.



Cream Puff


Resepi choux pastry saya rujuk dari blog Che Mat Gebu, sementara kastad filling pula saya rujuk dari blog Hesti.


Bahan-bahan Choux Pastry:

- 75g tepung gandum
- 50g mentega
- 125ml/125g air
- 1/3 sudu garam
-1 biji telur dan 1 biji kuning telur (pukul ringan)
- 1/2 cmt esen vanilla
- sedikit icing sugar untuk hiasan


Cara-cara:

1. Campurkan mentega dan air di dalam periuk.  Biar mentega larut, tunggu sehingga air mendidih, tutup api.  

2. Masukkan tepung dan garam sekaligus ke dalam periuk berisi mentega.  Kacau sehingga sebati menjadi doh yang lembik.  

3.  Letak semula ke atas api dan kacau lagi sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tepi periuk serta boleh dibentuk seperti bola.  Tutup api.

4.  Alihkan doh ke dalam mangkuk lain.  Sejukkan doh lebih kurang 10 minit.

5.  Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam doh sambil dipukul dengan kelajuan minimum di dalam mixer atau menggunakan balloon whisker ataupun senduk kayu.  

6.  Doh akan menjadi likat dan sebati.   Doh yang cantik akan menghasilkan bentuk yang sangat menarik dan tidak akan mendap apabila sejuk.

7.  Masukkan doh ke dalam piping bag.  Menggunakan nozzle berbentuk bintang bersaiz 1M; paipkan ke atas dulang pembakar.  

8. Bakar doh dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200c selama 20 minit mengikut kepanasan oven masing-masing ataupun sehingga permukaan choux pastry keperangan.

10. Sejukkan cream puff sebelum di lubangkan di bawahnya untuk dipaip dengan inti kastad.  Hias dengan icing sugar sebelum dihidangkan.


Bahan-bahan Inti Kastad:

- 200g gula pasir (saya kurangkan sedikit)
- 400g susu cair
- 2 kuning telur
- 25g tepung gandum
- 25g tepung jagung
- 1/2 sdt vanilla esen
- 1 sudu makan butter

Cara-cara:

Masak kesemua bahan kecuali butter di dalam periuk dengan api sederhana.  Kacau sentiasa supaya tidak berketul.  Tunggu sehingga mendidih dan meletup-letup (or until bubbles appears).  Masukkan butter, kacau sebati.  Tutup api.  Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam piping beg. Paipkan ke dalam choux pastry. 


Selamat mencuba!!

Sunday, 2 February 2014

Pavlova


Pavlova

I love Pavlova, dont you?

Helo semua!  Dah lama tak menjenguk ke sini.  Setengah tahun, mungkin?  Kesibukan dengan urusan harian, bukan mainan.  Kadang-kadang waktu untuk diri sendiri juga tak ada....nak buat macamana kan? 

Pavlova adalah sejenis pencuci mulut yang berasal dari Australia dan New Zealand.  Kabarnya kedua-dua negara ini seolah bertelagah siapa yang mencipta pencuci mulut yang seksi ini...;)

Saya membakar pavlova tadi. Memandangkan anak-anak semua ada di rumah hujung minggu ini. 

Rasanya ramai yang tahu bagaimana membuat pencuci mulut ini, sangat mudah dan bahan-bahan juga mudah didapati.


PAVLOVA

Bahan-bahan untuk meringue:

4 biji putih telur
1 cawan gula halus
1sudu teh cuka
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu esen vanilla

Cara-cara:

Pukul putih telur pada kelajuan perlahan sehingga kembang sedikit (soft peak) sambil itu masukkan sedikit demi sedikit gula halus sehingga habis.  Pukul meringue dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi kental.  Masukkan esen vanilla, cuka dan akhir sekali tepung jagung.  Gaul sehingga sebati.

Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak.   Lukis bulatan di atas kertas sebagai panduan apabila meletak meringue ke atas dulang.  Bakar pada suhu 140 celcius selama 1 jam 10 minit sehingga permukaan meringue menjadi perang.   Biarkan meringue di dalam oven yang dibuka pintunya sedikit sehingga meringue benar-benar sejuk.


Bahan-bahan untuk hiasan:

1 cawan non dairy whipping cream
1 sudu teh vanilla esen
Buah-buahan seperti strawberry,kiwi dan anggur


Cara-cara:

Keluarkan mangkuk dari peti sejuk.  Pukul krim dengan kelajuan tinggi sehingga kental. Masukkan esen. Kacau sebati.

Hiaskan di atas pavlova bersama buah-buahan tadi.  Simpan di dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.


(Resepi asal dari Joyofbaking)


Note:

Beberapa tips ingin saya kongsikan di sini, semoga dapat memberi panduan kepada yang ingin mendapatkan tekstur Pavlova yang lembut dan kenyal.

1. Disarankan telur putih dan kuning diasingkan sebaiknya selepas dikeluarkan dari peti ais.

2. Biarkan putih telur di dalam suhu bilik.

3. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul
kenyal dan bertanduk ataupun tidak tumpah kiranya mangkuk adunan diterbalikkan.

4. Krim putar atau whipping cream hendaklah benar-benr sejuk.  Mangkuk adunan juga hendaklah disejukkan terlebih dahulu memandangkan cuaca negara kita yang agak panas, krim mungkin akan menjadi berketul.

Selamat mencuba!